BAITULMAQDIS: Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu, namun tiada suasana perayaan, sebaliknya meratapi mangsa perang berterusan Israel di Semenanjung Gaza selama lebih enam bulan sekarang.
Kontinjen besar pegawai polis Israel dikerahkan di pintu masuk, persekitaran dan lorong-lorong bandar, menurut Agensi Anadolu.
Ia memetik Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis dalam satu kenyataan berkata lebih 60,000 jemaah menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa pada Hari Raya Aidilfitri, perayaan utama umat Islam selepas berakhirnya bulan Ramadan yang mulia.
Menurut koresponden Anadolu, walaupun hujan, umat Islam mula sampai ke masjid sebelum subuh.
Bagaimanapun, saksi memberitahu Anadolu bahawa polis Israel menyerang beberapa individu ketika mereka masuk dan keluar masjid di kawasan Bab al-Asbat dan Bab al-Silsila di Kota Lama.
Polis Israel menghalang sebahagian daripada mereka daripada memasuki Al-Aqsa, jadi mereka berdoa di pintu luar masjid.
Israel menyekat akses umat Islam Palestin ke Masjid Al-Aqsa di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Masjid Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci di dunia bagi umat Islam. Orang Yahudi memanggil kawasan itu Temple Mount, mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Wed Apr 10 2024
Masjid Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci di dunia bagi umat Islam. - Gambar Reuters/Ammar Awad
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
Nakba: 76 tahun pembantaian zionis Israel di Palestin
Perpindahan besar-besaran penduduk Palestin yang pertama berlaku pada 1948, dikenali sebagai Nakba, atau 'malapetaka' dalam bahasa Arab.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.